Thursday, 4 August 2016

52. Istilah "mat rempit" merujuk kepada golongan penunggang motorsikal berkuasa rendah (sekitar 150cc ke bawah) yang gemar melakukan aktiviti lumba haram terutamanya pada hujung minggu.

Wednesday, 27 July 2016

51. Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar antara Slim River ke Tanjung Malim dibuka pada 1964. Jalan dua hala sepanjang 20 km ini dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol, sebelum Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem jalan raya bertol ini yang pertama di Asia(Baca artikel penuh di sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Malim);

Wednesday, 1 August 2012

1000 Fakta Tentang Malaysia

 

Peringatan/Disclaimer

Blog ini mengumpulkan 1000 fakta-fakta menarik mengenai negara kita yang dicintai iaitu Malaysia. Fakta-fakta yang terdapat di sini merupakan inisiatif oleh empunya blog ini melalui kajian-kajian dan rujukan-rujukan yang dibuat di internet, perpustakaan dan sumber-sumber lain yang boleh dipercayai. Fakta-fakta baru akan dimuat naik dari masa kesemasa. Jika anda ingin mendapatkan fakta-fakta dari blog ini untuk dimuat naik di blog/web anda, sila dapatkan kebenaran dari pengarang dahulu. Sekiranya terdapat fakta-fakta yang didapati tidak benar, sila hubungi pengarang dengan segera. Terima Kasih :-)

(fakta-fakta baru akan dimasukkan dari masa kesemasa)


  1. Malaysia mempunyai 13 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Serawak, Sabah dan Kerajaan Persekutuan (WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
  2. Ibunegeri Perlis terletak di Kangar, Kedah di Alor Setar, Pulau Pinang di Georgetown, Perak di Ipoh, Selangor di Shah Alam, Negeri Sembilan di Seremban, Melaka di Bandar Melaka, Johor di Johor Bahru, Pahang di Kuantan, Terengganu di Kuala Terengganu, Kelantan di Kota Bharu, Serawak di Kuching, Sabah di Kota Kinabalu. Manakala Kerajaan Persekutuan pula terletak di Kuala Lumpur di mana Kuala Lumpur juga merupakan ibunegara Malaysia;
  3. Pemerintahan Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu di ketuai oleh seorang Sultan di bawah pentadbiran seorang Menteri Besar. Manakala Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Serawak pula diketuai oleh Yang di Pertua Negeri (dahulunya dikenali sebagai Gabenor). Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang mempunyai ketua negeri dari golongan di raja tetapi tidak di gelar Sultan sebaliknya di gelar Yang di Pertuan Besar. Negeri Sembilan juga mempunyai seorang Menteri Besar. Wilayah Persekutuan pula diketuai oleh seorang Menteri Wilayah Persekutuan;
  4. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan di mana ketua negara adalah Yang di Pertuan Agong tetapi baginda mendapat nasihat daripada seorang Perdana Menteri.
  5. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
    Sultan Abdul Hamid Halim Shah 
  6. Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Februari 8, 1903 - Disember 6, 1990);
  7. Malaysia secara rasminya mencapai kemerdekaan daripada kerajaan British pada 31hb Ogos, 1957;
  8. Negara-negara yang pernah menjajah Malaysia adalah Portugis, Belanda, British dan Jepun;
  9. Malaysia mula dijajah pada tahun 1511 dengan jatuhnya kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis;
  10. Islam adalah agama rasmi Malaysia;
  11. Tiga (3) kaum terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India;
  12. Keluasan keseluruhan Malaysia adalah 329,961.22 kilometer persegi;
  13. Setakat tahun 2009, jumlah penduduk Malaysia adalah seramai dua puluh lapan (28) juta orang (tidak termasuk pendatang asing);
  14. Bendera Malaysia
  15. Bendera Malaysia mempunya empat (4) warna iaitu putih, biru, merah dan kuning. Empat belas (14) jalur merah dan putih melintang melambangkan perpaduan tiga belas (13) negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Warna kuning merupakan warna DiRaja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bintang yang mempunyai 14 mata itu melambangkan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai "Jalur Gemilang";
  16. Singapura pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia;
  17. Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan dan budi pekerti tetapi tidak ketika sedang memandu;
  18. Malaysia merupakan salah satu anggota kepada Persatuan Negara-negara Komanwel;
  19. Malaysia turut menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN);
  20. Pasukan bolasepak Malaysia telah dua kali layak ke pusingan akhir sukan Olimpik;
  21. Agama rasmi di Malaysia adalah Islam;
  22. Malaysia pernah menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998;
  23. Di Malaysia, perkataan "lah" paling banyak digunakan dipenghujung sesuatu perkataan termasuk bahasa Inggeris misalnya OK lah, what lah, see you lah, where are you lah? f**k you lah dan lain-lain;
  24. Roti canai dan teh tarik merupakan sarapan pagi paling digemari di Malaysia;
  25. Di Malaysia, adalah biasa memanggil seseorang dari kaum lain sebagai "Boss";
  26. Kereta pertama keluaran Malaysia adalah Proton Saga;
  27. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang suatu ketika dahulu mempunyai sistem tramnya sendiri;
  28. Syarikat petroleum nasional Malaysia adalah Petronas;
  29. Kuala Lumpur dibuka oleh Kapitan Yap Ah Loy pada tahun 1900;
  30. Cuti umum hari keputeraan Yang Dipertuan Agong telah ditetapkan pada 2hb Jun setiap tahun walaupun hari keputeraan baginda yang sebenar bukan jatuh pada hari tersebut;
  31. Bunga kebangsaan Malaysia adalah Bunga Raya;
  32. Bunga Raya
  33. Yang Dipertuan Agong dilantik setelah diperkenan oleh Raja Raja Melayu setiap lima (5) tahun sekali;
  34. Cuti umum terbaru Malaysia adalah pada 16hb September iaitu Hari Malaysia;
  35. Malaysia dahulunya dikenali sebagai Malaya;
  36. Kajian terbaru mendapati Hang Tuah lima bersaudara tidak wujud dan hanyalah suatu mitos semata-mata;
  37. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa Hang Tuah lima bersaudara berasal daripada negara China berdasarkan gelaran "Hang" yang terdapat di pangkal nama masing-masing;
  38. Setakat 2hb April, 2012 jumlah Pekerja Asing Sah dan PATI di Malaysia ialah 2,320,034 orang (Sumber Jabatan Imigresen Malaysia);
  39. Pemandu Malaysia lebih gemar membayar tunai di plaza-plaza tol dari menggunakan sistem Touch N' Go atau Smart Tag walaupun terdapat barisan yang panjang di lorong tunai tersebut;
  40. Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna Facebook tertinggi di Asia;
  41. Bermula 2012, pihak JAKIM hanya mengiktiraf Sijil Halal yang dikeluarkan oleh mereka sahaja; 
  42. Sijil Halal Jakim
  43. Sejarah sistem keretapi di Tanah Melayu bermula pada 1 Jun 1885 apabila jalan keretapi yang pertama yang menyambungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 8 batu dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak ketika itu. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi yang pertama ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan berjumlah $7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak ((c) 2001 Hak Cipta Terpelihara Perpustakaan Negara Malaysia);
  44. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menjalankan pilihanrayanya sendiri secara berasingan;
  45. Malaysia masih belum pernah memenangi pingat emas dalam mana-mana acara kejohanan sukan Olimpik;
  46. Malaysia pernah menganjurkan kejohanan sukan Komanwel pada tahun 1998 (kejohanan sukan Komanwel merupakan kejohanan acara sukan kedua terbesar di dunia selepas sukan Olimpik);
  47. Tapak bangunan KLCC sekarang sebelum ini adalah merupakan bekas tapak Kelab Lumba Kuda Selangor yang telah dipindahkan ke Seri Kembangan, Selangor;
  48. Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia;
  49. Felix Baumgartner pernah menyamar sebagai ahli perniagaan untuk melakukan "basejump" di Menara Berkembar Petronas;
  50. Gunung Kinabalu di Sabah merupakan gunung yang ke lima (5) tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Fakta sebelum ini yang menyatakan bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia Tenggara adalah tidak benar sama sekali. Pada hakikatnya Gunung Kinabalu berada di belakang  Gunung Hkakabo Razi di Myanmar (5881 meter), Gunung Puncak Jaya (4884 meter), Gunung Puncak Trikora (4730 meter) dan Gunung Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Gunung Kinabalu hanyalah yang tertinggi di Kepulauan Borneo sahaja;
  51. Rakyat Malaysia lebih suka menolak pintu daripada menariknya;
  52. Lagu "Negaraku" (Jawi: نݢاراکو) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen BritishJWW Birch. Lagu ciptaan penggubah PerancisPierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan (Baca artikel penuh di sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Negaraku);
  53. Jalan Melayu yang terletak di kawasan Stesen LRT Masjid Jamek dipercayai merupakan jalan yang terpendek di Kuala Lumpur;
  54. Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 01.08.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, diasaskan oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga RM590,000.00 ketika itu. Ianya mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Berukuran 6,200 kaki panjang, ia boleh digunakan dalam semua keadaan cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an;